Kisah lucu ini berlaku 18 tahun yang silam. Berlaku semasa saya masih belajar di dalam Tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di Teluk Intan, Perak. Kelas tersebut merupakan satu-satunya kelas tingkatan 6 di negeri Perak yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Kebangsaan. Lebih dikenali sebagai sekolah aliran Melayu. Kebanyakan pelajar-pelajarnya datang dari luar kawasan Teluk Intan. Ada yang datang dari Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping malah dari Tanjong Malim.
Saya sendiri tidak tahu mengapa saya ditempatkan di Tingkatan 6 Atas (1). Saya bukanlah seorang murid yang pandai. Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya cuma dapat gred 2. Keputusan kertas Bahasa Inggeris saya setakat lulus sahaja, iaitu gred 7. Pada saya subjek Bahasa Inggeris adalah subjek yang membosankan. Semasa saya dan pelajar-pelajar lain dari Teluk Intan, kami tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang terbaik. Sudahlah tak ada guru Bahasa Inggeris yang sesuai, membaca buku dalam bahasa itu pun tidak berminat.
Mungkin salah satu punca saya tidak berminat subjek Bahasa Inggeris adalah disebabkan guru yang mengajar kami. Saya masih ingat lagi iaitu semasa belajar di Tingkatan 1 hingga 3 dahulu pun, saya tidak berapa suka kepada guru Bahasa Inggeris. Namanya Mrs. Anne, seorang India. Apabila dia amsuk mengajar di kelas kami, saya lansung tak faham apa dia cakap sebab dia bercakap dalam Bahasa Inggeris. Apabila kami naik ke Tingkatan 4 dan 5, guru Bahasa Inggeris kami seorang Melayu. Namanya Cikgu Wahab. Dia seorang guru yang sangat cenggel (garang). kalau kami ada buat silap, dia akan datang dan marah kepada kami. Bukan itu saja, sambil dia marah tangannya akann hingga ke perut kami, mencubit dan memulas-mulas hingga rasa nak terkencing dibuatnya.
Semasa di Tingkatan 6, guru Bahasa Inggeris kami seorang Cina. Namanya Mr. Chong. Dia mengajar subjek General Paper. Di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STP), subjek General Paper ini diwajidkan lulus. Jika tidak, keputusan STP hanya setakat half-certificate sahaja. Sebaliknya kalau lulus general paper (semestinya dengan subjek-subjek lain), baru dapat full certificate (sijil penuh).
Mr. Chong adalah seorang guru yang tidak peramah dan agak garang. Apabila beliau masuk ke kelas kami, dia akan terus menyuruh kami membuka buku teks yang diwajibkan untuk subjek General Paper. Dia akan menyuruh kami membaca bab-bab tertentu di dalam buku tersebut dan kemudian menjawab soalan-soalan yang ditanya dihujung bab tersebut. Dia juga akan menyoal murid-murid dan menjawab soalan-soalan yang ditanya.
Pada suatu hari, Mr. Chong meminta seorang kawan saya bernama Mansor bangun dan menyebut satu perkataan iaitu "anchored". Mansor dengan pantas menyebut "achooooooored". Mr Chong naik baran, mukanya merah macam singa. Lantas dia mengambil sebatang kapor tulis, lantas membaling sekuat-kuat hatinya ke arah Mansor yang sedang terpingga-pingga itu.
Sehingga ke hari ini, apabila kami berjumpa dengan kawan-kawan se Tingkatan 6, kami akan bercerita kembali tentang kisah "Mr. Anchoooooored" yang lucu itu.
hehehe...
ReplyDeleteini blog baru ke hj